Skip to main content

Secebis sejarah Genta



Genta merupakan nama sebenar Kinta. Kinta adalah pelat sebutan Cina yang digunakan Inggeris dalam dokumentasi. 'Genta' (tulisan jawi ک dan ن dan ت ) telah lama-kelamaan dibaca sebagai 'Kinta' oleh orang Cina dan Inggeris. Sehingga hari ini, masyarakat Melayu asal Ipoh masih mengenali 'kenter' sebagai sebutan Kinta.

Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Buddha Khmer dan Campa di Indo-China.

Kinta juga dikatakan pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah.

Timah telah dilombong di Kinta pada waktu itu untuk membuat matawang. Ia turut menjadi tumpuan pedagang India dan China yang juga mahukan logam tersebut. Tetapi pada abad ke-9 dan ke-10, Kinta telah ditinggalkan secara misteri dan terbiar sehingga dibuka semula 700 tahun kemudian oleh Sultan Perak untuk aktiviti melombong.

Kisah Datuk Panglima Kulop Kinta yang dikatakan memberi nama Kinta dari bunyi bergenta semasa memudik Sg Kinta tidak memberi apa-apa kesan ke atas penerokaan Ipoh. Keturunan beliau sebahagiannya telah berasimilasi dengan orang asli tinggal di kawasan yang lebih hilir manakala sebahagian keturunannya ada yang menyerap ke dalam masyarakat Temiar dan menduduki kawasan yang lebih hulu.

Sehingga tahun 1750, Ipoh masih dipenuhi hutan rimba di mana gajah dan badak banyak ditemui menjadikan ia tumpuan pencari hasil hutan, tanduk sumbu badak, melombong kecil-kecilan dan menjerat gajah.

Tok Tambak, cucu kepada Tok Changkat Piatu, menjadi Datuk Panglima Kinta pertama dalam sejarah bertulis pada tahun 1750an. Tok Changkat Piatu inilah yang memiliki ciri-ciri dan kesamaan yang paling jelas sebagai nakhoda Sumatera yang bergelar Datuk Panglima Kulop Kinta.

Tok Tambak telah berkahwin dengan Toh Puan Intan, generasi keenam Tun Saban. Anaknya Tok Changkat Segar, Datuk Panglima Kinta Kedua, membuka Kampung Paloh manakala anaknya lagi satu, Tok Changkat Rembia yang menjadi Datuk Panglima Kinta Ketiga, membuka Kampung Kepayang (berdekatan Stadium Perak hari ini).

Bermula dari itu, penggiliran antara kedua-dua pasak Paloh dan Kepayang menjadi tradisi perlantikan Datuk Panglima Kinta.

Dua kampung inilah yang menjadi permulaan kepada kemasukan pelombong-pelombong Melayu dari hilir dan mencetus pembukaan lebih banyak kampung dalam tempoh 50 tahun, termasuklah Kampung Ipoh yang akhirnya menjadi ibu negeri Perak.


Sumber rujukan : Kinta Valley (2005) Khoo Salma Nasution, Abdurrazaq Lubis

Comments

Popular posts from this blog

Menaiki Line 9 ( MRT SBK ) bernilai RM21 billion

Petang tadi penulis mencuba MRT dari Cheras menaiki bas feeder T401 ke stesen Cochrane. Tetapi sebaik melalui Maluri, penulis turun. Tambang RM1.00 dan pengguna TnG perlu menyentuh semasa turun jika tidak mahu di potong RM3.00. MRT (SBK) yang baru dibuka ini menggunakan warna hijau muda. Bas feeder yang disediakan berkeliling dalam laluan berlawanan. Nampaknya MRT belum selesai digilap selepas pemasangan. Stesen MRT Maluri terletak di bawah tanah. Suasana mirip stesen-stesen MRT di Singapura. Nuansa Singapura kelihatan kental namun pengiklanan di masa depan mampu mencorak suasana yang lebih KL. Ramai penumpang terdiri dari kaum Cina bagi laluan arah Kajang yang akan ditempuh ini. Penulis berniat ke Kajang bersiar dengan kad T&G dan menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan. Pengguna di galakkan memiliki kad T&G bagi memudahkan pergerakan dan niat persinggahan. Seperti LRT, MRT menggunakan landasan standard 1.4 met

UMNO Tambun perlu prihatin soal harga rumah melambung di Ipoh

Kepesatan semula bandaraya Ipoh setelah sirna akibat kejatuhan harga bijih timah pada awal tahun 1980an seperti tidak terkejar oleh golongan yang setia mendiami bandaraya yang harga rumah sudah memasuki tahap tidak masuk akal lagi. Selain pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah yang mahal menggila menyaksikan golongan berpendapatan yang dahulunya mampu untuk memiliki rumah sendiri, kini berfikir tiga kali bagi mengelakkan kesempitan wang di tangan setiap kali gaji. Ini juga mengakibatkan rakyat merasa tertekan dan memainkan sentimen kos sara hidup tinggi selain sikap majikan yang rata-rata menggajikan pekerja tidak setara dengan tuntutan ekonomi hari ini.  Indeks Harga Pengguna menunjukkan kita tidak sampai tahap kenaikan harga barang yang melampau. Tetapi disebabkan inilah rakyat berpendapatan rendah akan terus miskin. Lihatlah rumah terkini PR1MA kelas apa entah yang didirikan di Meru Raya untuk rakyat. Tetapi sementara menunggu untuk mendapat geran, sang pembeli p