Skip to main content

Posts

Tunku sebenarnya tidak pernah mahukan Singapura sertai Malaysia

Politik Malaysia harini dilihat banyak dicorakkan oleh pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Antaranya kegagalan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia membawanya kepada kempen 'ajar' orang Melayu dan akhirnya dia dan negaranya 'ditendang' keluar. Satu tindakan yang menurut Tunku adalah keinginan Lee Kuan Yew dan dibuat atas persetujuan bersama. Tangisan palsu Tetapi selepas itu, setiausahanya, Lim Kit Siang dihantar ke Malaysia sebagai proksinya dengan matlamat politik yang tidak pernah berubah. Sebab itulah ramai rakyat Malaysia kini tidak berkenan dengan Mahathir apabila dia bersekongkol dengan DAP, parti yang mengambil peluang dari kemenangan mereka pada PRU pertama selepas Singapura ditendang keluar, menuai faedah sentimen orang Cina yang marahkan orang Melayu kerana menyokong pemisahan Singapura, dan terjadilah peristiwa 13 Mei 1969. Jiwa Mahathir tidak sebesar jiwa Tunku dan perbua
Recent posts

Harga minyak minggu pertama Ogos diramal naik

Harga minyak di pam secara tepatnya RON95 diramal naik Khamis ini pada kadar 2 sen jika mengikut trend harga minyak semasa kepada RM2.05. Ini berikutan kenaikan berterusan harga minyak dunia sejak beberapa minggu ini. Desas desus sebelum ini menyebut subsidi bahan api tersebut hanya akan dibuat sekiranya harga pasaran mencecah RM2.70 seliter.

Menaiki Line 9 ( MRT SBK ) bernilai RM21 billion

Petang tadi penulis mencuba MRT dari Cheras menaiki bas feeder T401 ke stesen Cochrane. Tetapi sebaik melalui Maluri, penulis turun. Tambang RM1.00 dan pengguna TnG perlu menyentuh semasa turun jika tidak mahu di potong RM3.00. MRT (SBK) yang baru dibuka ini menggunakan warna hijau muda. Bas feeder yang disediakan berkeliling dalam laluan berlawanan. Nampaknya MRT belum selesai digilap selepas pemasangan. Stesen MRT Maluri terletak di bawah tanah. Suasana mirip stesen-stesen MRT di Singapura. Nuansa Singapura kelihatan kental namun pengiklanan di masa depan mampu mencorak suasana yang lebih KL. Ramai penumpang terdiri dari kaum Cina bagi laluan arah Kajang yang akan ditempuh ini. Penulis berniat ke Kajang bersiar dengan kad T&G dan menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan. Pengguna di galakkan memiliki kad T&G bagi memudahkan pergerakan dan niat persinggahan. Seperti LRT, MRT menggunakan landasan standard 1.4 met

UMNO Tambun perlu prihatin soal harga rumah melambung di Ipoh

Kepesatan semula bandaraya Ipoh setelah sirna akibat kejatuhan harga bijih timah pada awal tahun 1980an seperti tidak terkejar oleh golongan yang setia mendiami bandaraya yang harga rumah sudah memasuki tahap tidak masuk akal lagi. Selain pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah yang mahal menggila menyaksikan golongan berpendapatan yang dahulunya mampu untuk memiliki rumah sendiri, kini berfikir tiga kali bagi mengelakkan kesempitan wang di tangan setiap kali gaji. Ini juga mengakibatkan rakyat merasa tertekan dan memainkan sentimen kos sara hidup tinggi selain sikap majikan yang rata-rata menggajikan pekerja tidak setara dengan tuntutan ekonomi hari ini.  Indeks Harga Pengguna menunjukkan kita tidak sampai tahap kenaikan harga barang yang melampau. Tetapi disebabkan inilah rakyat berpendapatan rendah akan terus miskin. Lihatlah rumah terkini PR1MA kelas apa entah yang didirikan di Meru Raya untuk rakyat. Tetapi sementara menunggu untuk mendapat geran, sang pembeli p

Secebis sejarah Genta

Genta merupakan nama sebenar Kinta. Kinta adalah pelat sebutan Cina yang digunakan Inggeris dalam dokumentasi. 'Genta' (tulisan jawi ک dan ن dan ت ) telah lama-kelamaan dibaca sebagai 'Kinta' oleh orang Cina dan Inggeris. Sehingga hari ini, masyarakat Melayu asal Ipoh masih mengenali 'kenter' sebagai sebutan Kinta. Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Buddha Khmer dan Campa di Indo-China. Kinta juga dikatakan pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah. Timah telah dilombong