Skip to main content

Menaiki Line 9 ( MRT SBK ) bernilai RM21 billion

Petang tadi penulis mencuba MRT dari Cheras menaiki bas feeder T401 ke stesen Cochrane. Tetapi sebaik melalui Maluri, penulis turun. Tambang RM1.00 dan pengguna TnG perlu menyentuh semasa turun jika tidak mahu di potong RM3.00.


MRT (SBK) yang baru dibuka ini menggunakan warna hijau muda. Bas feeder yang disediakan berkeliling dalam laluan berlawanan.


Nampaknya MRT belum selesai digilap selepas pemasangan. Stesen MRT Maluri terletak di bawah tanah.


Suasana mirip stesen-stesen MRT di Singapura.


Nuansa Singapura kelihatan kental namun pengiklanan di masa depan mampu mencorak suasana yang lebih KL.


Ramai penumpang terdiri dari kaum Cina bagi laluan arah Kajang yang akan ditempuh ini.


Penulis berniat ke Kajang bersiar dengan kad T&G dan menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan.


Pengguna di galakkan memiliki kad T&G bagi memudahkan pergerakan dan niat persinggahan.


Seperti LRT, MRT menggunakan landasan standard 1.4 meter lebar.


Penggunaan MRT pada hari ini nampaknya tinggi dan mencapai kapasiti.


Ramai dari mereka adalah kalangan ingin mencuba dan terdiri majoriti dari kaum Cina yang turun di Kajang.


Pembinaan MRT (Line 9) ini menelan belanja RM21 billion. Nilai ini menurut kiraan inflasi dan kadar tukaran asing, bernilai  RM7.4 billion 20 tahun lalu.


Kaca cermin pintu yang panjang ke bawah memberi sudut pandang lebar keluar.


Penggunaan MRT dilihat amat menggalakkan pada usia pembukaannya.


Namun pemandangan di Kajang sedikit menggambarkan kemunduran.


Namun masa depan pastinya berubah.


Tambang yang dipotong dari TnG dari Maluri ialah RM1.70. Perjalanan mengambil masa 31 minit. 


Stesen Kajang diintegrasikan dengan Stesen Komuter Kajang yang terletak dalam sektor Seremban - Batu Caves yang selepas ini dikenali Line 1.


Stesen MRT Kajang masih belum digilap semasa pembukaannya.

Penulis tiba di Kajang pada pukul 15:46 dan dengan integrasi stesen Kajang ini, penulis menaiki Line 1 iaitu KTM Komuter ke Batu Caves yang tiba 15:49 untuk ke Terminal Bersepadu Selatan dengan tambang TnG sebanyak RM2.70.

Comments

Popular posts from this blog

Secebis sejarah Genta

Genta merupakan nama sebenar Kinta. Kinta adalah pelat sebutan Cina yang digunakan Inggeris dalam dokumentasi. 'Genta' (tulisan jawi ک dan ن dan ت ) telah lama-kelamaan dibaca sebagai 'Kinta' oleh orang Cina dan Inggeris. Sehingga hari ini, masyarakat Melayu asal Ipoh masih mengenali 'kenter' sebagai sebutan Kinta. Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Buddha Khmer dan Campa di Indo-China. Kinta juga dikatakan pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah. Timah telah dilombong

UMNO Tambun perlu prihatin soal harga rumah melambung di Ipoh

Kepesatan semula bandaraya Ipoh setelah sirna akibat kejatuhan harga bijih timah pada awal tahun 1980an seperti tidak terkejar oleh golongan yang setia mendiami bandaraya yang harga rumah sudah memasuki tahap tidak masuk akal lagi. Selain pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah yang mahal menggila menyaksikan golongan berpendapatan yang dahulunya mampu untuk memiliki rumah sendiri, kini berfikir tiga kali bagi mengelakkan kesempitan wang di tangan setiap kali gaji. Ini juga mengakibatkan rakyat merasa tertekan dan memainkan sentimen kos sara hidup tinggi selain sikap majikan yang rata-rata menggajikan pekerja tidak setara dengan tuntutan ekonomi hari ini.  Indeks Harga Pengguna menunjukkan kita tidak sampai tahap kenaikan harga barang yang melampau. Tetapi disebabkan inilah rakyat berpendapatan rendah akan terus miskin. Lihatlah rumah terkini PR1MA kelas apa entah yang didirikan di Meru Raya untuk rakyat. Tetapi sementara menunggu untuk mendapat geran, sang pembeli p